Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Merdeka

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Benarkah kita sudah merdeka!Apa pengertian merdeka buat diri anda?

Saturday, August 30, 2008

Jualan bulan Ogos tak laris


Gara-gara buang harga kopi tongkat ali dah merebak kat kawasan saya,belian julai saya tak dapat nak di jual habis ada 7 peket lagi,hanya 3 sahaja yang dapat di jual,2 peket saya minum sendiri daripada 12 peket.Terpaksa bawa ke bulan Oktober selepas puasa.

Beli kasut baru.







Alhamdulillah saya dah dapat beli kasut baru untuk pegi kerja berjenama ROCK MORGAN berharga RM152.00.Kasut lama jenama CAMEL ACTIVE tu dah 2 tahun saya guna,dah koyak..malu lak nak pakai kasut koyak pegi keja.

Minyak enjin kering kelmarin


Masa saya cek minyak enjin Motobest,saya terkejut dah kering..mungkin dah lama saya guna.Bayangkan pada sticker di atas saya mulai servis guna CNI MOTOBEST pada 7-10-2007 dan saya tukar pada 29-8-2008 10 bulan saya guna,meter kereta dah cecah 200048km.Saya sepatutnya tukar sewaktu 191450 km.
Saya terpaksa pergi servis guna minyak enjin Shell,coz stokis belum buka awal pagi.Lagi pun saya nak bergegas ke KK kerana ada urusan bayar bil internet.

Belian untuk maintain bulan Ogos 2008

Soya dan Royal Jelly tu untuk saya guna sendiri,manakala Fire Sen untuk di jual pada BOS kat opis.

Sunday, August 24, 2008

Esok dah nak pegi keja

Setelah 1 week bercuti,esok dah nak keja..

Sepanjang cuti seronok jaga anak,kemas rumah sewa,cuci kain,jemur kain,lipat kain dan layan tetamu dari Pulau Banggi(kawan rapat).Time cuti tu ada pulak exam PTK..

Ha..tak lupa time cuti ni aku dapat buat hampir 5 blog bisnes,tapi malangnya tadi i tengok dah kena request LOCK..sedihnya...

Saturday, August 23, 2008

Pertanyaan mengenai CNI Motobest


Setakat ni saya guna CNI MOTO BEST dah lebih 10000 KM saya masih belum tukar lagi ngan minyak baru,sebab nya belum ada masa nak servis keta dan kena tunggu bajet ngam nak beli CNI MOTO BEST..Hehe..apa pun bila minyak tu mahal tak kan kita nak buang senang-senang ganti ngan yang baru(tunggu hingga 15000KM baru le tukar minyak)..saya tengok minyak SYANTIUM kat PETRONAS lebih mahal dari minyak MOTO BEST sedangkan sama-sama taraf SYANTIUM.

Untuk pengetahuan,saya menggunakan kereta ISWARA 1.3 MANUAL yang berusia 8 tahun dan dah abis CCM pun...

Sunday, August 17, 2008

Salam Luar Biasa Baik dan Hebat sekali!!Part 1

Kelmarin saya ada meng"upload"beberapa e-book ke dalam file group.

Hari ni pun ada saya meng"upload"..ari ni saya bangun jam 3 pagi sehingga jam 1 pm masih di depan laptop saya...byk xtvt yang saya buat...kemaskini fail,folder di dalam laptop untuk di burn ke dalam CD bagi menggurangkan beban laptop..

Harap apa yang saya upload tu dapat memberikan manfaat kepada rakan niaga semua,downline2 saya dan bakal2 downline saya...sebab kita hanya dapat berhubung di alam cyber sahaja..

Ini mungkin cara saya buat masa ni..hanya di dalam cyber..sebabnya saya tak boleh bergerak untuk berjumpa dengan anda..tujuannya bagi menjimatkan kos minyak kereta,dan kos-kos lain...

So,saya hanya dapat memanfaatkan teknologi internet berkelajuan 1M dengan sewa bulanan RM110 dan sewa rumah di pekan pada kadar sewa RM480 sebulan(kerana sebelum ni saya guna line DiGi Broadband GPRS di kampung pada kelajuan 53.2kbps dengan sewa bulanan RM66)..itulah kos saya..Kos anda bagaimana?

Sebenarnya,jangan kita kisahkan pasal kos untuk mendapatkan suatu kejayaan..kos tetap akan ada,namun pastikan ianya berbaloi untuk anda!! kerana ini adalah PERNIAGAAN BUAT ANDA!!

Terima Kasih...JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.!!

Saturday, August 16, 2008

Tongkat Ali Cegah Barah

Sebab itu lah saya terus berada di CNI..sebab adanya Tongkat Ali Kopi CNI...hehehee

Jawapan kepada komen no 28...HALALKAH CNI?

Menarik,jika anda memiliki seorang downline yang berpangkat lebih tinggi daripada upline...seperti situasi di bawah ni... (sila rujuk komen no 28...sambungan komen HALALKAH CNI? DI SINI :http://ceritabonuscni.blogspot.com/2008/08/sambungan-komenhalal-kah-cni.html

No id ni 871717 RANK 5 adalah upline yang masih berpangkat Agensi Manager sedangkan downline nya 1241400 berpangkat RANK 8..(saya pun tak ingat RANK 8 tu apa?tapi saya akan cuba cari jawapan yang tepat iaitu RANK 10....)

Ini membuktikan bahawa,siapa yang rajin berusaha dalam CNI dia lah yang akan berpangkat lebih tinggi walaupun dia tu seorang downline...tetapi jika upline tu malas,pangkatnya akan lebih rendah daripada downline.

So,fikir-fikirkanlah...

Menafkahkan harta di jalan Allah s.w.t

Maksud Surah Al-Baqarah ayat 261-274

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (261)


Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (262)


(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (263)


Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (264)


Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (265)


Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, dia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang dia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). (266)


Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (267)


Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (268)


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (269)


Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. (270)


Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (271)


Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (272)


(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. (273)


Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. (274)

Jual motor...

Kelmarin saya dah jual motor RC100 SUZUKI ngan rakan sekerja Tuan Madiwi Maradan ngan harga RM500 je...

Thursday, August 14, 2008

Sedihnye...

Apa yang membuatkan saya rasa sedih ari ni?semua nye gara-gara buang harga..jualan bulan Ogos tak dapat di jual dengan lancarnya..menyebabkan saya.......RM..... malu nya...mujur saya ni memiliki muka yang tak tak tahu malu...hehehe

Wednesday, August 13, 2008

MLM: YANG HALAL DAN YANG HARAM

Oleh; Ust. Ahmad Adnan Fadzil
(Dipetik dari blog Soal-Jawab Agama; http://ilmudanulamak.blogspot.com, kendalian Ust. Ahmad Adnan Fadzil)

Soalan; Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?

Jawapan;

Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.

Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;
1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.

Saling meredhai

Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

Syarat-syarat bagi akad perniagaan

Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah;
1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.

Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan

Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;
a) Membantu kepada perbuatan maksiat
b) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan
c) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan
d) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)

Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;

(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.

(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah;
( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
(d) Mengurangi timbangan

(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)

Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.

Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.

Syarat-syarat yuran keahlian

Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;
1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.

Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).

Bonus

Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;
1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;
1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.

Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.

Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus

Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).

Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

Jauhi “Sistem Piramid”

Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah; 1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.
(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Harga barangan/produk

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;
a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)


Lampiran 1

SYARAT-SYARAT MLM HALAL MENURUT UST HJ ZAHARUDDIN HJ ABD RAHMAN
(Dipetik dari arikel beliau; “Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM” dalam laman web; www.zaharuddin.net)
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Lampiran 2
Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?
Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:
ร˜ Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.
ร˜ Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.
ร˜ Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.
(Dipetik dari arikel Us. Zaharuddin; “Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM” dalam laman web; www.zaharuddin.net)


Lampiran 3

FATWA TENTANG MELETAKKAN SYARAT BAGI MENDAPAT KOMISYEN

Soalan; terdapat satu system jualan produk yang diperkenalkan oleh beberapa syarikat yang diringkas seperti berkut;
Syarikat menawarkan kepada orang yang berminat menjadi wakil/pengedarnya untuk terlibat mempromosi barangan/produk keluarannya dengan satu kadar komisyen tertentu (cthnya 10%) bagi setiap produk yang dijual, namun syarikat meletakkan syarat komisyen tersebut tidak akan diberikan melainkan wakil/pengedar melakukan jualan dengan jumlah tententu yang ditetapkan Syarikat. Adakah ianya harus?

Jawapan;

Polisi jualan tersebut adalah harus. Ia tidak lain merupakan langkah Syarikat melakukan akad al-Ji’alah (pemberian bersyarat) dengan pengedarnya sebagai imbalan mempromosikan jumlah tertentu dari barangan/produk Syarikat. Jika ia berjaya melakukan jualan dengan jumlah tersebut, berhaklah ia untuk mendapat komisyen yang dijanjikan itu. Jika tidak, tidak berhaklah ia mendapatnya. Masalah ini termasuk dalam bab al-Ji’alah (pemberian dengan bersyarat). Sekalipun ada kemungkinan akan berlaku kepada wakil/pengedar mereka berpenat saja tanpa imbalan apabila tidak berjaya mencapai jumlah jualan yang ditetapkan itu, perkara tersebut tidak akan menjejaskan keharusan mu’amalah tersebut. Ini kerana telah sedia dimaklumi (dalam Fiqh) bahawa akad al-Ji’alah harus berlaku padanya al-Jihalah dan al-Gharah (yakni ketidakpastian) walaupun unsur tersebut tidak harus berlaku dalam al-Ijarah (akad sewaan).

(Fatwa dipetik dari buku Fiqh al-Mu’amalat al-Maliyah al-Muqaran, tulisan Syeikh Dr. ‘Alauddin Za’tari,, hlm. 338, ter. Dar al-‘Ashma’, Damsyiq, Syria, 2008. Penulis adalah pensyarah Fiqh dan Ekonomi Islam di University Ummu Darman, Syria dan Kolej University Islam di Lubnan. Beliau memiliki laman webnya sendiri; www.alzatari.org).

Monday, August 11, 2008

Genap setahun keahlian CNI baru saya.

11 Ogos 2008 genap setahun keahlian baru CNI saya di bawah kepimpinan baru.SEMOGA MENCAPAI IMPIAN.

Sunday, August 03, 2008

sambungan komen...HALAL KAH CNI??

Sambung komen jam 12.16 pm…

Walaupun ada jutawan MLM CNI seperti Zulkery Hashim menafikan system MLM mengayakan orang atas, tetapi itulah hakikatnya

( 27.adakah dia benar-benar pasti inilah hakikatnya?), semakin tinggi kedudukan seseroang dalam system MLM, semakin sedikit usaha yang perlu dilakukan tetapi semakin banyak bonus dan insentif yang diterima. Begitu juga semakin banyak PV dan BV terkumpul daripada ahli, semakin tinggilah pangkat dan bonus yang diterima. Ini kerana PV dalam CNI adalah sebagai mekanisme untuk mengukur pangkat, manakala BV pula sebagai mekanisme untuk mengukur bonus yang bakal diterima setiap bulan.

(28. Adakah beliau pernah melihat penyata bonus seorang UPLINE yang berpangkat PENGURUS AGENSI MANAGER yang memiliki seorang DOWNLINE yang berpangkat PENGURUS AGENSI INTAN JUTAWAN?bonus siapa yang besar?jika ada sila sebutkan no idnya?jika ini benar-benar kajian,hal ini sepatutnya tidak terlepas pandang dalam kajian beliau.)
Sebagai buktinya di sini dinyatakan kaedah yang diterima oleh apa yang disebut dalam CNI sebagai peringkat Pengedar dan dinyatakan juga faedah dan bonus peringkat eksekutif. Sebagai contoh, Pengedar Emas hanya menerima bonus prestasi sebanyak 18 % dan bonus daripada syarikat antara RM 500 hingga RM 1000 berbanding Pengurus Agensi Intan Jutawan yang menerima faedah malncong dunia, Tabung insentif rumah yang boleh mencecah RM 2 juta dan bonus daripada syarikat antara RM 30,000 hingga RM 200,000.

(29. Jika bukti ini benar,mengapa mesti di pertikaikan?Soalan saya, adakah sama nikmat penghuni syurga Firdaus dengan penghuni syurga yang lain?Adakah sama amalan orang yang meniti titian siratul mustaqim dengan sepantas kilat,dengan amalan orang yang meniti titian siratul mustaqim dengan merangkak?...maaf mungkin saya dah pergi jauh ke alam lain…tapi ini lah perumpamaannya…
Mungkin ada individu cuba membandingkan pendapatan dalam MLM dengan pendapatan dalam system bergaji. Dalam system bergaji, semakin besar pangkat dan kedudukan, semakin tinggi bayaran gaji yang diberikan, begitu juga MLM.

( 30. Sekali lagi saya nyatakan 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan…adakah sama perniagaan dengan makan gaji?)
Pandangan ini perlu disangkal

(31.Sebenarnya pandangan ini tak perlu untuk di sangkal dan tak perlu untuk tidak di sangkal,sebabnya kalau di sangkal pun BUANG MASA,tak di sangkal TAK MENJEJASKAN APA-APA), keran adalam system bergaji, gaji yang diterima selarasa dengan usaha yang dilakukan.

( 32. Adakah dia pasti?Saya lulusan diploma dan bekerja 8 tahun,ALHAMDULILLAH memiliki gaji kasar RM3000 dan seorang rakan saya lulusan ijazah sarjana muda baru 3 bulan berkerja juga memiliki gaji kasar RM3000 lebih sedikit dari saya yang berkerja selama 8 tahun…so 8 tahun dengan 3 bulan,usaha sapa yang lebih banyak?) Para eksekutif dan jawatan tinggi terpaksa menggunakan daya pemikiran yang maksima untuk merancang dan menjayakan sesuatu projek.

(33. Tetapi ada juga yang tak guna pemikiran yang banyak,hanya tahu tandatangan cek,mengarah-arah orang bawahan je…tapi gaji besar juga…bukan nak dengki…tapi dah itu memang rezeki dia,diatas usaha dia selama ni) Penggunaan daya fikiran disahkan oleh kajian sains memerlukan tenaga yang lebih berbanding membanting keringat sebagai tukang kebun

(34. Betul,saya pernah dengar kajian ini sejak 18 tahun yang lalu…tetapi tak adil nak bandingkan dengan tukang kebun..kesian kat dia,bukan apa,kekadang tukang kebun lebih ikhlas usahanya daripada kita yang berpangkat tinggi ni…coz kerja yang tak ikhlas pun tak jugak dapat PAHALA.Nauzubillah …. Ikhlas hanya Allah s.w.t yang tahu.)

Justeru gaji yang diterima oleh eksekutif selaras dengan usaha yang dilakukan.
Perkara ini tidak berlaku dalam MLM, apa yang dititik beratkan dalam system MLM iailah apabila jumlah belian daripada downlinetinggi dan mencapai tahap tertentu, upline akan dinaikkan pangkat. Perkara ini dipraktikkan dalam CNI, sebagai contohnya untuk memenuhi kelayakan sebagai Pengurus Agensi Intan Jutawan , individu hanya perlu mengumpul jumlah 100 PV untuk jualan sendiri, 500 PV untuk jualan kumpulan sendiri dan 15000 PV untuk jualan keseluruhan rangkaian dowlinenya ( CNI, rancangan perniagaan, hlm 2). Untuk mendapat 100 PV individu tersebut hanya perlu berbelanja lebih kurang RM 120 dan yang lain adalah hasil pembelian dowlinenya. Ini menampakkan usaha yang dilakukan tidak setimpal dengan ganjaran yang diterimanya .

(35. Saya tak setuju dengan kenyataan ini,sila jawab komen saya no 28 terlebih dahulu untuk membolehkan saya bersetuju dengan anda…terima kasih)


Itulah serba ringkas petikan dari kajian Prof. Madya Dr Hailani Muji Tahir, Pensyarah Jabatan Shariah, UKM
Ia secara sepintas lalu mendedahkan beberapa keraguannya dalam operasi CNI. Saya tiada sebarang komen lanjut, cukup sekadar mengemukakan kajian Prof, Madya itu. Sebarang ketidapuasan hati, sila kemukakan kepada Prof. Madya sendiri dan bukan kepada saya.


27 Jun 2007

Berhenti menaip komen jam 12.55 pm MASUK blog jam 1.05 pm

STATUS MLM CNI dalam Islam....

Soalan

Assalamualaikum, saya cuma mahukan kepastian ttg MLM yg dijalankan oleh CNI. Apa yg saya tahu ia tidak menggunakan sistem pyramid, ia halal atau haram?
Soalan diterima melalui sistem SMS dari nombor:
60139323xxx

Jawapan

Saya tidak pernah membuat kajian tentang CNI

(1. tidak pernah membuat kajian tentang CNI bermakna anda tidak tahu tentang CNI,Cuma nak menyampuk tentang CNI,ingin melibatkan sama tentang CNI,mungkin berminat tentang CNI mungkin ingin mendedahkan diri anda kepada warga CNI dan banyak persoalan lain kenapa dia berada di sini untuk berbincang tentang CNI,mungkin untuk memuatkan sesuatu artikel di web anda tentang CNI-maaf ini semua andaian saya), Cuma

(2. perkataan “Cuma” hanya sebagai penyedap bicara yang boleh menjadikan alasan untuk anda berbicara tentang CNI di sini,di sana dan di situ atau di mana sahaja anda berada-maaf mungkin saya silap) seorang ahli Shariah iaitu Prof. Madya Dr Hailani Muji Tahir, pensyarah Jabatan Shariah, UKM pernah membentangkn satu kertas kerja berkenaan MLM dan CNI di Seminar Fiqh Semasa di UIAM pada tarikh 6 Ogos 2004.

( 3. ini saya tak tahu,sebab saya tak ada rakan ahli Shariah dan saya pun tak kenal dengan Prof. Madya Dr Hailani Muji Tahir, pensyarah Jabatan Shariah, UKM dan saya tak pernah baca pun kertas kerja beliau tentang MLM dan CNI tu,jika boleh besar hasrat hati saya untuk memahami/membaca/melihat/membelek-belek keseluruhan kertas kerja itu agak mudah bagi saya mengeluarkan pendapat saya bak kata orang kalau nak amalkan al-Quran jangan amalkan separuh ja,separuh lagi kita buang,begitu juga kalau nak berhujah,jangan berhujah guna point je,tapi kena ada huraian nya)


Justeru, saya petik beberpa point

(4. hanya beberapa point sahaja?)sahaja dari kajian beliau)

(5.kajian beliau?berapa tahun kajian beliau,rujukan beliau apa,dimana,nama buku rujukan beliau,buku yang telah beliau hasilkan,saya tak tahu), berkenaan MLM CNI.

( 6. jika beliau telah buat kajian selama 1-10 bulan atau 2,3,4,5,6,7,8,9,atau 10 tahun saya pasti beliau adalah seorang ahli CNI samaada aktif atau tidak aktif atau mungkin beliau bukan seorang ahli CNI yang hanya buat kajian luaran(berdasarkan maklumat awam,soal selidik) dan bukan buat kajian dalaman (merasai sendiri perjalanan system CNI)
CNI banyak melahirkan usahawan Melayu Muslim yang berjaya

( 7. alhamdulillah,ramai usahawan Melayu Muslim berjaya dalam CNI,walaupun saya masih belum lagi berjaya,kisah sirah Islam usahawan Islam banyak menyumbang dalam penyebaran Islam,hartawan di jamin masuk syurga seperti ABDUL RAHMAN DIN AUF,ABU BAKAR dll), tetapi persoalan

( 8. kenapa mesti ada persolan yang perlu di timbulkan?bila ada orang Melayu Muslim yang berjaya pasti ada persoalan,adalah lebih baik kita ingat 9/10 rezeki itu datang nya dari perniagaan, tapi tak mengapa setiap persoalan pasti ada jawapan…itu saya setuju) yang perlu ditimbulkan di sini adakah hanya kerana MLM mampu untuk meningkatkan ekonomi umat islam,

( 9. memanglah bukan MLM sahaja yang boleh meningkatkan ekonomi umat Islam,sebenarnya bertani,berternak,hatta jual besi buruk pun dapat meningkatkan ekonomi,sekali lagi 9/10 rezeki dari perniagaan) kita seolah memejamkan mata

(10. al-hamdulillah,setakat ini mata saya belum terpejam untuk membawa saya dalam diskusi ini) dan melupaskan kajian terperinci

( 11. kajian terperinci?tanggungjawab siapa nak buat kajian terperinci,sekarang ni nak buat kajian kena ada kos kajian,geran kajian yang biasanya di buat di IPT awam,agensi kerajaan dan bukan kerajaan,dan individu yang bertauliah,nak buat kajian terperinci orang awam tak da masa duk sibuk fikir harga minyak,beras,tepung,gula,tambang bas naik dll), ia perlu dilakukan

(12. memang perlu di lakukan,sekarang ni setelah kajian terperinci di buat apa yang telah di lakukan bagi memastikan MLM CNI ini selaras dengan shariah,ada tindakan,ada cadangan,kertas kerja kepada pihak pengurusan CNI bagi memastikan kajian terperinci tadi di laksana kan oleh pihak syarikat CNI?Jika ada….sila nyatakan?) bagi memastikan MLM ini selaras dengan Shariah. Tidak semestinya sesuatu yang diakui sah di sisi undang-undang itu selari dengan kehendak Shariah.

(13. memang betul,contohnya kedai arak,judi,disko sah di sisi undang-undang tetapi tidak selari dengan kehendak shariah,ada siapa nak bantah jawapan saya?)
Begitu juga aspek keraguan

( 14. aspek keraguan,keraguan datangnya dari SYAITAN) seperti samsaran ala samsarah

( 15.maaf saya tak tahu istilah ni,mungkin saya kena sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi,sebab saya hanya ada DIPLOMA je…hehehe). Ini dilakukan oleh CNI, ternyata aspek ini terlalu menonjol dalam proses menaja atau merekrut ahli baru sehingga timbul istilah upline dan downline

( 16.hanya masalah istilah dalam bahasa Inggeris “upline dan downline” dalam bahasa mudahnya bahasa Inggeris adalah bahasa penjajah…ada sesiapa di sini yang masih takut dengan penjajah,ok kalau takut dengan penjajah saya guna bahasa melayu “UPLINE –maksudnya orang atas, DOWNLINE- maksudnya orang bawah,atau nak guna ayat yang lebih puitis UPLINE ini kita kiralah dia macam Imam dalam solat,manakala DOWNLINE ini kita kiralah dia macam makmum-dalam solat semua dapat pahala yang sama,tapi IMAM dapat istimewa sikit,sebab apa,sebabnya dia boleh cover kecacatan solat MAKMUM tapi jangan lupa MAKMUM pun ada hak..apa hak MAKMUM? Makmum boleh tegur imam jika tersalah baca,lupa ayat,kurang rakaat,jika imam tak nak dengar teguran MAKMUM,MAKMUM boleh berpisah dengan IMAM). Proses ini akan berterusan

( 17.memang proses ini berterusan,sebab itu lah dia di nama kan PLAN atau system,system hanya akan berhenti bila ada masalah)dan seseorang downline walaupun ia mempunyai upline, ia juga akan menjadi upline apabila menaja individu lain untuk menyertai CNI.

(18.memang begitu,tahniah anda faham tentang system ini,samalah jugak kalau tok imam batal solat,makmum di belakang nya boleh naik jadi Imam.)


Praktikal ini nampaknya bercanggah dengan pembrokeran yang disebut dalam Fiqh silam

( 19. Fiqh silam?WALLAHUALAM..mungkin ada perkembangan ilmu moden yang boleh di ambil sebagai sandaran hokum seperti IJMAK ULAMAK,QIAS ATAU hokum lain yang setelah melalui perbincangan mufti yang boleh mengeluarkan FATWA atau setelah semua diatas di lalui tetapi Fiqh Silam itu tetap di gunakan pun kita akur je le…nak buat apa…iye dak???) iaitu pembrokeran adalah satu aktiviti menjual atau membeli yang dilakukan seseorang terhadap orag lain yang berstatus pemilik ( malik) dan upah diberikan kepadanya atas usaha yang dilakukan itu dan bukan dilakukan daripada seorang broker ke atas broker yang lain. Ini adalah kerana broker bertindak sebagai orang tengah ( mutawassit) iaitu ia berperanan sebagai orang yang mempertemukan dua kepentingan yang berbeza; kepentingan pembeli dan penjual

(20. Bab broker ini saya lemah sikit, lagi pun saya ini tak terlibat dalam pembrokeran,yang saya musykil CNI ini pembrokeran ke peruncitan ke apa?sila beri jawapan anda di sini…………………………………………………………………………………………………………………………………………………… sebab saya study ekonomi mikro dan makro tak abis dan gagal ekonomi dalam STPM tapi dalam Ekonomi Asas SPM saya dapat gred 3) ( Muhammad Zukery Hashim, MLM Mengayakan orang atas?,

(21. MLM Mengayakan orang atas?kenapa mesti ada tanda soal(?)…makna nya perlu ada jawapan!...so apa bezanya jika kita beli di kedai runcit…sapa yang kaya?) Usahawan Sukses, Sept 2003, hlm 48)
Selain dari dua isu utama yang diketengahkan, isu pemberian bonus dalam CNO

( 22. Kesilapan ejaan perlu di perbetulkan)juga perlu diteliti. Ini kerana setiap pembelian downline, upline akan menerima PV atau BV secara tidak langsung kerana setiap akhir bulan, CNI akan mengira jumlah PV dan BV secara keseluruhannya dan ditambah dengan pembelian upline tersebut. Jika jumlah ini mencapai jumlah PV dan BV yang ditentukan, upline tersbeut akan dinaikkan pangkat dan diberikan bonus seperti yang dijanjikan. Ini menampakkan seolah-olah

(23. kenapa guna perkataan seolah-olah,seolah-olah ini biasanya perkataan yang digunakan oleh orang yang tidak berpuas hati dengan kesenangan orang lain-maaf saya jika silap) upline tersebut mendapat hasil tanpa melakukan usaha sewajarnya

(24. Siapa tahu upline tu mendapat hasil tanpa melakukan usaha yang sewajarnya?Ada anda Tanya apa yang upline tu buat kah?Ada anda Tanya upline tu usahakan apa-apa sehingga dia dapat hasilnya..untuk saya tak di anggap merapu dalam hal nii..saya berilah dalil tentang apa yang kita usahakan …Surah AL-Anaam(6) ayat 3,Surah Al-Baqarah (2) ayat 110,Surah Al-Baqarah (2) ayat 134,sebenarnya banyak lagi ayat tentang usaha ini…tak dapat saya nak jelaskan…takut lari konteks…WALLAHUALAM..). Upline tersebut berada di atas hasil daripada PV dan BV terkumpul hasil daripada pembelian downline

(25. Cuba fahami ayat al-Quran ini surah al-baqarah ayat 261…bagi yang bukan beragama Islam eloklah saya sertakan maksudnya supaya senang nak baca Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani“ Perumpamaan (nafkah yang di keluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan harta nya di jalan Allah * (* pengertian menafkahkan hartanya di jalan Allah meliputi belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan perguruan,rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain) adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir,pada tiap-tiap bulir seratus biji.Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki.Dan Allah Maha Luas (kurnia nya) lagi Maha Mengetahui.”). Adakah perniagaan seperti ini diharuskan dalam Islam?

(26. Kenapa anda bertanya dan anda tidak menjawab nya sendiri?Kenapa anda mesti membiarkan kami terpingga-pingga untuk mencarikan jawapannya?Jika begitu,saya ingin bertanya….adakah perniagaan ini diharuskan?Hukum Islam ada LIMA wajib,haram,sunat,harus dan makhruh…..apa maksud HARUS?Harus jika kita buat tak dapat pahala dan tak jugak dapat dosa…kalau saya silap tolong betulkan…kalau saya lupa tolong berikan saya ROYAL GINGKO sebab selama 8 tahun saya jadi ahli CNI saya masih tak mampu beli ROYAL GINGKO…manakala amalan HARUS pula antara lain yang saya ajar dengan murid-murid sekolah rendah (kira tahap level rendah lah ni ) ialah amalan HARUS seperti MANDI,TIDUR,BEKERJASAMA DAN BERKENDERAAN…)

Rasanya…cukuplah komen saya buat kali ni…jika ada masa saya akan sambung komen saya untuk masalah di bawah ni pulak…bukan nya apa..saya tak dapat buat apa-apa lagi hari ni sejak pagi tadi bila terima emel ni(tentang status MLM CNI ini)..nak mandi,sarapan,sempat minum TONGKAT ALI KOPI CNI ja tadi( hehehehe..promosi lagi Jangan Mareeehhh…)
Ok lah..apa yang baik dating nya dari Allah S.W.T. yang memberikan saya kudrat untuk menaip dan memberikan idea-idea ni…yang tak baik tu dating nya dari kelemahan diri saya sendiri…

Assalamuaalaikum…3/7/2008….mula menaip 8.30 habis taip dan masuk blog jam