Sunday, August 03, 2008

sambungan komen...HALAL KAH CNI??

Sambung komen jam 12.16 pm…

Walaupun ada jutawan MLM CNI seperti Zulkery Hashim menafikan system MLM mengayakan orang atas, tetapi itulah hakikatnya

( 27.adakah dia benar-benar pasti inilah hakikatnya?), semakin tinggi kedudukan seseroang dalam system MLM, semakin sedikit usaha yang perlu dilakukan tetapi semakin banyak bonus dan insentif yang diterima. Begitu juga semakin banyak PV dan BV terkumpul daripada ahli, semakin tinggilah pangkat dan bonus yang diterima. Ini kerana PV dalam CNI adalah sebagai mekanisme untuk mengukur pangkat, manakala BV pula sebagai mekanisme untuk mengukur bonus yang bakal diterima setiap bulan.

(28. Adakah beliau pernah melihat penyata bonus seorang UPLINE yang berpangkat PENGURUS AGENSI MANAGER yang memiliki seorang DOWNLINE yang berpangkat PENGURUS AGENSI INTAN JUTAWAN?bonus siapa yang besar?jika ada sila sebutkan no idnya?jika ini benar-benar kajian,hal ini sepatutnya tidak terlepas pandang dalam kajian beliau.)
Sebagai buktinya di sini dinyatakan kaedah yang diterima oleh apa yang disebut dalam CNI sebagai peringkat Pengedar dan dinyatakan juga faedah dan bonus peringkat eksekutif. Sebagai contoh, Pengedar Emas hanya menerima bonus prestasi sebanyak 18 % dan bonus daripada syarikat antara RM 500 hingga RM 1000 berbanding Pengurus Agensi Intan Jutawan yang menerima faedah malncong dunia, Tabung insentif rumah yang boleh mencecah RM 2 juta dan bonus daripada syarikat antara RM 30,000 hingga RM 200,000.

(29. Jika bukti ini benar,mengapa mesti di pertikaikan?Soalan saya, adakah sama nikmat penghuni syurga Firdaus dengan penghuni syurga yang lain?Adakah sama amalan orang yang meniti titian siratul mustaqim dengan sepantas kilat,dengan amalan orang yang meniti titian siratul mustaqim dengan merangkak?...maaf mungkin saya dah pergi jauh ke alam lain…tapi ini lah perumpamaannya…
Mungkin ada individu cuba membandingkan pendapatan dalam MLM dengan pendapatan dalam system bergaji. Dalam system bergaji, semakin besar pangkat dan kedudukan, semakin tinggi bayaran gaji yang diberikan, begitu juga MLM.

( 30. Sekali lagi saya nyatakan 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan…adakah sama perniagaan dengan makan gaji?)
Pandangan ini perlu disangkal

(31.Sebenarnya pandangan ini tak perlu untuk di sangkal dan tak perlu untuk tidak di sangkal,sebabnya kalau di sangkal pun BUANG MASA,tak di sangkal TAK MENJEJASKAN APA-APA), keran adalam system bergaji, gaji yang diterima selarasa dengan usaha yang dilakukan.

( 32. Adakah dia pasti?Saya lulusan diploma dan bekerja 8 tahun,ALHAMDULILLAH memiliki gaji kasar RM3000 dan seorang rakan saya lulusan ijazah sarjana muda baru 3 bulan berkerja juga memiliki gaji kasar RM3000 lebih sedikit dari saya yang berkerja selama 8 tahun…so 8 tahun dengan 3 bulan,usaha sapa yang lebih banyak?) Para eksekutif dan jawatan tinggi terpaksa menggunakan daya pemikiran yang maksima untuk merancang dan menjayakan sesuatu projek.

(33. Tetapi ada juga yang tak guna pemikiran yang banyak,hanya tahu tandatangan cek,mengarah-arah orang bawahan je…tapi gaji besar juga…bukan nak dengki…tapi dah itu memang rezeki dia,diatas usaha dia selama ni) Penggunaan daya fikiran disahkan oleh kajian sains memerlukan tenaga yang lebih berbanding membanting keringat sebagai tukang kebun

(34. Betul,saya pernah dengar kajian ini sejak 18 tahun yang lalu…tetapi tak adil nak bandingkan dengan tukang kebun..kesian kat dia,bukan apa,kekadang tukang kebun lebih ikhlas usahanya daripada kita yang berpangkat tinggi ni…coz kerja yang tak ikhlas pun tak jugak dapat PAHALA.Nauzubillah …. Ikhlas hanya Allah s.w.t yang tahu.)

Justeru gaji yang diterima oleh eksekutif selaras dengan usaha yang dilakukan.
Perkara ini tidak berlaku dalam MLM, apa yang dititik beratkan dalam system MLM iailah apabila jumlah belian daripada downlinetinggi dan mencapai tahap tertentu, upline akan dinaikkan pangkat. Perkara ini dipraktikkan dalam CNI, sebagai contohnya untuk memenuhi kelayakan sebagai Pengurus Agensi Intan Jutawan , individu hanya perlu mengumpul jumlah 100 PV untuk jualan sendiri, 500 PV untuk jualan kumpulan sendiri dan 15000 PV untuk jualan keseluruhan rangkaian dowlinenya ( CNI, rancangan perniagaan, hlm 2). Untuk mendapat 100 PV individu tersebut hanya perlu berbelanja lebih kurang RM 120 dan yang lain adalah hasil pembelian dowlinenya. Ini menampakkan usaha yang dilakukan tidak setimpal dengan ganjaran yang diterimanya .

(35. Saya tak setuju dengan kenyataan ini,sila jawab komen saya no 28 terlebih dahulu untuk membolehkan saya bersetuju dengan anda…terima kasih)


Itulah serba ringkas petikan dari kajian Prof. Madya Dr Hailani Muji Tahir, Pensyarah Jabatan Shariah, UKM
Ia secara sepintas lalu mendedahkan beberapa keraguannya dalam operasi CNI. Saya tiada sebarang komen lanjut, cukup sekadar mengemukakan kajian Prof, Madya itu. Sebarang ketidapuasan hati, sila kemukakan kepada Prof. Madya sendiri dan bukan kepada saya.


27 Jun 2007

Berhenti menaip komen jam 12.55 pm MASUK blog jam 1.05 pm

No comments: